IKLAN PERCUMA di Apps SaujanaOnline


Jom IKLAN secara PERCUMA di Apps SaujanaOnline.  


Kami mengalu-alukan komuniti sekitar Saujana Utama menggunakan platform applikasi SaujanaOnline bagi jualan dan informasi anda.


TAWARAN INI ADALAH TERHAD 


BAGAIMANA nak sertai iklan disini?

1.   Sila daftar sistem e-commerce anda secara PERCUMA di sini https://orderla.my/a/saujana


2.   Isikan produk dan perkhidmatan anda di dalam sistem tersebut.

3.   Hubungi admin di 014-3491671 dan sila sertakan link produk anda untuk di letakkan di Aplikasi SaujanaOnline.





Cara menggunakan e-commerce orderla


link pendaftaran Orderla : https://orderla.my/a/saujana

e Bazar

Sebarang bentuk bazar Ramadan tak dibenarkan


KERAJAAN memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun, perkhidmatan e-hailing seperti sekarang boleh terus beroperasi ketika Ramadan.
Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.


Oleh kerana itu Applikasi ini mengubah ikon Bazar Online yang sebelum ini adalah tempat untuk jualan juadah berbuka kepada platform jualan biskut raya.  

Jadi dijemput semua untuk membuat TEMPAHAN AWAL bagi kehabisan stok bekalan biskut raya.
Kenapa kita  perlukan satu Apps untuk semua penduduk?

Dari jadual diatas  kita akan mendapat kelebihan maklumat yang disatukan melalui satu platform yang boleh diguna pakai oleh semua penduduk.

Oleh itu kami telah mengadunkan semua keperluan melalui Aplikasi SUonline

Semoga kita semua mendapat manfaat.
Sila kongsi applikasi ini bersama rakan taulan anda. TQ

link download: bit.ly/SUapps





video

Ini adalah tutorial ringkas cara nak order barang di apps SUonline.




Notis

Applikasi SUonline 


Applikasi SUonline sedang dibangunkan bagi kemudahan penduduk sekitar Saujana Utama.  Tujuan utama adalah memudahkan penduduk mendapatkan barangan melalui telefon bimbit masing masing di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Kami mengharapkan agar tuan tuan dapat menyebarkan aplikasi ini kepada semua penduduk sekitar termasuk Saujana Perdana, SBCR, Pristana, Seri Alam, Hill Park serta Elmina.

Cadangan dari tuan-tuan juga di alu-alukan.
Sila email cadangan tuan tuan ke : saujanabiz@gmail.com

Jualan sejuta setahun



Bagaimana Puan F berjaya buat jualan RM1,000,000 setahun hanya menjadi dropship, ejen, pengedar produk orang?

1. Beliau setkan WAJIB dapat jualan minima RM2,740 sehari.

RM2,740 x 365 hari setahun = RM1,000,100.

2. Beliau susun #content. Ini yang beliau buat:

Isnin: Family, Iklan periuk, family.
Selasa: Masak, iklan ebook, family.
Rabu: anak, iklan produk, renungan, iklan kosmetik, anak.
Khamis: family, iklan periuk, family.
Jumaat: masak, iklan ebook, family.
Sabtu: masak, iklan periuk, makan luar.
Ahad: masak, iklan produk, iklan kosmetik, jalan-jalan.

3. Beliau berjaya memiliki 9,127 follower selepas 6 bulan hadir kelas saya pada bulan Mac tahun lepas. Kini follower beliau hampir 15,000 orang. Dan beliau terus susun semuanya dengan cukup berstrategi.

4. Hampir semua postingnya adalah #posting tersusun. Iaitu beliau tulis dahulu di Ms Word kemudian hanya susun ikut timing yang beliau kehendaki. Ia kerana beliau perlu urus anak, makan minum, kemas sana sini di dalam rumah.

5. Beliau sentiasa hadir kelas online saya untuk tambah dan terus baiki mana yang silap. Hanya sekali hadir masterclass di Bangi. Setiap kali live, beliau memang akan bertanya banyak perkara.

Hari ini, jualan beliau sudah mencecah RM1,000,000. Dan saya bangga dengan beliau.

Katanya, purata keuntungan bersih ialah 28%.
Bermaksud setahun beliau dapat cash sebanyak RM280,000.

Itu kalau dibahagikan dengan 12 bulan, ianya berjumlah RM23,333 sebulan. Mungkin lebih tinggi dari gaji seorang pengurus.

Kawan-kawan,

Allah bantu orang yang berusaha. Beliau ini antara contoh besar orang yang fokus dan buat betul-betul di media sosial.

Ada orang main-main dan tak peduli sangat. Beliau, buat sampai jadi dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah.

Tahniah Puan F. Dan terima kasih beri keizinan untuk saya tulis di sini. Nak reveal siapa dia, bahaya. Nanti ada lembaga kejar. Haha. Begitulah kisah pagi ini. Semoga memberi inspirasi.

Khairul Hakimin Muhammad,
Biar kecil asal menjadi. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Senarai workshop di Saujana Utama

WSHOP ORANG KITA

Wshop saujana utama 2018
1. MRBS AUTO, LAN 017-689-5570
2. ZR AUTO, Zainal 0133643376
3. Major AUTO, Madie 0122577094
4. Excel AUTO, 014-361-2594
5. AFAG AUTO, Fatah 0132178662
6. Gearbox AUTO, Hafizal 0122526335
7. ISZ AUTO , Sani 0183812771
8. ABH AUTO, Zahari 019-969 3738
9. ALONG GARAGE, Akie 0146253530
10. FS AUTO, Fairus 0192548193
11. RS PG AUTO, Lah 0192528663

Anak Cina 8A UPKK

Menurutnya, semua jenis ilmu atau mata pelajaran boleh dikuasai sekiranya seseorang itu mempunyai kesungguhan dan keinginan yang tinggi.


KUALA NERUS: Seorang murid berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha mencatat keputusan luar biasa apabila berjaya meraih 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan, baru-baru ini.

Kejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak itu merupakan satu sejarah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).

Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.


Baca selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12/511362/syabas-hui-ling-dapat-8a-upkk



Rugilah Jika Kita Rajin Solat Tapi Tidak Mengamalkannya. Ini 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Memberi Salam.


Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah doa-doa tersebut :

1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masalah Hutang.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).

5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا
Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)




Motivasi: Mo's Bows




Jika Colonel Sanders membuktikan usia tua bukan halangan untuk memulakan bisnes, Moziah Bridges, remaja berusia 16 tahun dari US, pula membuktikan tiada istilah 'terlalu muda untuk memulakan bisnes'.
Ketika berumur 9 tahun, Moziah membuat keputusan untuk menghasilkan bow (tali leher kupu-kupu) sendiri. Ini kerana beliau sukar untuk menemui bow untuk kanak-kanak yang menepati citarasanya.
Dengan bantuan neneknya yang pandai menjahit, Moziah belajar menjahit dan mula menghasilkan bow rekaannya sendiri yang berwarna-warni. Bow rekaannya turut menarik perhatian ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakannya. Justeru, Moziah membuat keputusan menjualnya secara kecil-kecilan di Facebook, Etsy, diikuti dengan jualan di beberapa buah kedai dengan jenama Mo’s Bow.
Pada usia semuda itu, Moziah sudah mempunyai visi untuk menjadikan kehidupan lebih ceria dan gembira melalui fesyen. Antara sumber inspirasinya adalah Ralph Lauren yang mula menjual tali leher pada usia 10 tahun.
Hasil dorongan dan sokongan ibu dan ahli keluarga lain, bisnesnya berkembang dan pada 2014 atau pada usia 12 tahun, Moziah mendapat peluang untuk muncul di program Shark Tank. Hasil jualan Mo’s Bow pada waktu itu adalah sebanyak USD55,000 dengan 2,000 pasang bow dijual.
Menerusi program tersebut, Moziah mendapat bimbingan dari seorang mentor iaitu Daymond John yang juga merupakan seorang usahawan fesyen dan pelabur. Menerusi Daymond, Mo’s Bow berjaya menembusi rangkaian kedai fesyen terkenal Neiman Marcus, Bloomingdales dan menandatangani perjanjian perlesenan dengan Cole Haan yang merupakan jenama fesyen global berpusat di New York.
Ini berjaya meningkatkan jualan Mo's Bow menjadi USD200,000. Pada waktu ini, Moziah sudah mempunyai matlamat untuk mempunyai rangkaian aksesori fesyennya sendiri.
Pada bulan Mei 2017, Mo’s Bow menandatangani perjanjian dengan NBA League (liga bola keranjang utama US). Menerusi perjanjian ini, Mo’s Bow diberi hak untuk mengeluarkan bow dan tali leher dengan logo NBA di bawah jenama Mos Bow NBA Collection.
Walaupun Mo’s Bow perlu membayar yuran penggunaan hak sebanyak 6 angka kepada NBA League tetapi dengan jumlah peminat NBA League yang mencecah lebih 200 juta di US, jualan Mo’s Bow dijangka dapat mencecah USD6 billion pada tahun ini.
Tetapi di sebalik semua kejayaan remaja yang kini berusia 15 tahun ini, ibu dan neneknya masih memastikan Moziah tidur awal setiap malam kerana beliau masih perlu bersekolah keesokkan harinya.
- Harian Metro/Business Insider/Inc.



Lirik Hijau Bumi Tuhan - XPDC

Sekali ku memandang

kehijauan saujana mata

semusim yang benderang
hati riang nikmatnya tuhan
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang
keindahan ciptaan tuhan
hijau yang terbentang
makhluk tuhan bermesra-mesra
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
burung berkicauan riang terbang
ombak menghempas pantai menanti
indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
itu nikmat hari hari ini
tegur dan sapa senyum ketawa
itu tanda kita riang
abadikan keindahan ini


Lirikami : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-hijau-bumi-tuhan-xpdc.html#ixzz52HMRqFcL