Jualan sejuta setahun
|
|
Bagaimana Puan F berjaya buat jualan RM1,000,000 setahun hanya menjadi dropship, ejen, pengedar produk orang?
1. Beliau setkan WAJIB dapat jualan minima RM2,740 sehari.
RM2,740 x 365 hari setahun = RM1,000,100.
2. Beliau susun #content. Ini yang beliau buat:
Isnin: Family, Iklan periuk, family.
Selasa: Masak, iklan ebook, family.
Rabu: anak, iklan produk, renungan, iklan kosmetik, anak.
Khamis: family, iklan periuk, family.
Jumaat: masak, iklan ebook, family.
Sabtu: masak, iklan periuk, makan luar.
Ahad: masak, iklan produk, iklan kosmetik, jalan-jalan.
3. Beliau berjaya memiliki 9,127 follower selepas 6 bulan hadir kelas saya pada bulan Mac tahun lepas. Kini follower beliau hampir 15,000 orang. Dan beliau terus susun semuanya dengan cukup berstrategi.
4. Hampir semua postingnya adalah #posting tersusun. Iaitu beliau tulis dahulu di Ms Word kemudian hanya susun ikut timing yang beliau kehendaki. Ia kerana beliau perlu urus anak, makan minum, kemas sana sini di dalam rumah.
5. Beliau sentiasa hadir kelas online saya untuk tambah dan terus baiki mana yang silap. Hanya sekali hadir masterclass di Bangi. Setiap kali live, beliau memang akan bertanya banyak perkara.
Hari ini, jualan beliau sudah mencecah RM1,000,000. Dan saya bangga dengan beliau.
Katanya, purata keuntungan bersih ialah 28%.
Bermaksud setahun beliau dapat cash sebanyak RM280,000.
Itu kalau dibahagikan dengan 12 bulan, ianya berjumlah RM23,333 sebulan. Mungkin lebih tinggi dari gaji seorang pengurus.
Kawan-kawan,
Allah bantu orang yang berusaha. Beliau ini antara contoh besar orang yang fokus dan buat betul-betul di media sosial.
Ada orang main-main dan tak peduli sangat. Beliau, buat sampai jadi dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah.
Tahniah Puan F. Dan terima kasih beri keizinan untuk saya tulis di sini. Nak reveal siapa dia, bahaya. Nanti ada lembaga kejar. Haha. Begitulah kisah pagi ini. Semoga memberi inspirasi.
Khairul Hakimin Muhammad,
Biar kecil asal menjadi. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM |
|